Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis: Nenek dan Datuk

Cerita sosial ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Alim yang pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang bersama-sama keluarganya. Ketika sampai di kampung, Alim terus meluru mencari ayam dan itik peliharaan nenek dan datuk sementara ibu dan bapanya sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta. Namun hampa kerana itik dan ayam tiada, Alim marah dan langsung menangis kerana sangkanya semua ayam dan itik itu sudah mati. Kelibat nenek dan datuk berlari menuju ke arah Alim yang sedang menangis dan terus memujuk cucunya itu. Selepas menunjukkan ayam dan itik berada di dalam reban baru, Alim tersenyum. Alim masuk ke dalam rumah kemudian timbul perasaan pelik dalam diri Alim kerana melihat rumah nenek dan datuknya agak berbeza dari sebelumnya. Ketika itu, Alim sedih dan terus menangis. Selepas itu, nenek memujuk dan membawa Alim berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim dan kemudian Alim berhenti menangis. Kelakuan Alim yang menangis tanpa sebab menjadi tanda tanya kepada ibu dan bapa serta nenek dan datuk. Namun, mereka cuba untuk menolong Alim setelah melihat kelakuan Alim. Alim menonton cerita kartun bersama abang dan kakaknya dan mereka ketawa bersama-sama. Setelah itu, suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahman (2019). Buku Wacana dan Strategi Komunikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt… Hai semua. Cek nak habaq sikit, ni last tugasan untuk subjek penterjemahan berbantukan komputer. Seronok bak hang. Tapi...