SINOPSIS - CERITA SOSIAL 2
Saya yang Istimewa
Alim, abang Imran, kakak Madinah dan Aisyah sangat gemar dengan buah-buahan tempatan. Bapa Alim tahu bahawa anak-anaknya suka makan buah-buahan tempatan seperti buah durian, manggis, langsat, duku dan lain-lain. Ibu akan sediakan tong sampah supaya rumah tidak bersepah. keluarga Alim makan buah-buahan bersama-sama. Alim, kakak Madinah, abang Imran dan Aisyah sering berkongsi makanan dan barang. Pada ketika memakan buah, Alim meminta kebenaran ibunya untuk memberi sedikit buah kepada Sulaiman, kawan baiknya. Ibu Alim sangat bangga dengan anaknya Alim kerana suka berkongsi dan itu adalah amalan baik. Ibu memberi plastik merah kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman dan selepas itu Alim terus bergegas keluar untuk memberinya kepada Sulaiman. Kemudian, Alim terus mendapatkan keluarganya dengan perasaan puas dan gembira. Selepas itu, Alim terus membantu abang Imran, kakak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah dan membawa ke dalam tong sampah. Makcik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberikan buah sebentar tadi dan mendoakan kesihatandan kesejahteraan Alim sekeluarga.
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Assalamualaikum wbt… Hai semua. Cek nak habaq sikit, ni last tugasan untuk subjek penterjemahan berbantukan komputer. Seronok bak hang. Tapi...
-
Assalamualaikum wbt. welcome to my guys. sekarang sepatutnya saya siap sedia nak masak untuk berbuka tapi masih menghadap laptop ye semua....
-
HAWA 196643 Teks asal: Always be kind to others. Terjemahan Melayu : Sentiasa bersikap baik kepada orang lain. Cerita: Pagi itu, Se...
-
Assalamualaikum kawan-kawan.. RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.
No comments:
Post a Comment