a. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
b. Cerita menarik yang dapat menarik perhatian pembaca.
c. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
d. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
e. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
f. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
g. Dapat dibaca dan difahami.
h. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
i. Masukkan moral dan nilai estetika dala penulisan anda.
j. Berilmu untuk penulisan akademik.
Rumusan
Cara penulisan blog yang baik perlu adanya judul yang menarik
dan mudah untuk menunjukkan idea-idea yang luar biasa serta akan mengundang
pembaca untuk melayari laman blog penulis. Di dalam penulisan, jalan cerita
yang menarik, mempunyai 3 eleman iaitu fakta, huraian dan contoh. Penulisan tersebut
akan membuatkan pembaca lebih jelas dan faham dengan cerita yang disampaikan.
Penulisan yang memasukkan ayat-ayat humor serta membuatkan jalan cerita itu
kelihatan menarik dan membuatkan pembaca terhibur. Selain itu, penulisan dengan
hujah terbaik memerlukan fakta yang tepat, huraian yang betul berserta contoh
yang mantap. Hal ini akan membuatkan penulisan itu lebih kukuh dengan isinya. Penulis
blog perlu mengetahui tentang berita-berita yang terkini kerana masyarakat kini
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan mereka tidak gemar dengan cerita
lapuk. Cara penulisan yang menggunakan kata dan ayat yang ringkas akan
menjadikan jalan cerita lebih baik dan tidak berulang-ulang. Penulisan
yang baik juga tidak menggunakan perkataan yang terlalu ringkas sehingga tidak
difahami oleh pembaca. Penulisan di laman blog tidak hanya menyampaikan info
malahan sebagai laman komunikasi, contohnya pembaca ingin mengemukakan pendapat
lain. Yang paling penting adalah penulisan yang ditulis perlu mempunyai nilai estetika
untuk pembaca. Penulisan yang berbantukan bahan bacaan ilmiah akan menjadikan
penulisan tersebut lebih bermanfaat kepada pembaca.
Rujukan
Normaliza Abd Rahim & Noraien Mansor (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.
Normaliza Abd Rahim (2014). Learning through Blog Writing. Embracing the Technology. Terengganu: Penerbit University Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment