Asas Grafik dalam Multimedia
Menurut Normaliza Abd Rahim
(2019), asas grafik merupakan asas penting perlu diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dengan penggunaan kamera, video serta
bahan yang mengandungi grafik. Grafik meliputi imej
yang berbentuk paparan. Setiap bahan perlu mengandungi
sekurang-kurangnya lebih daripada dua elemen grafik. Pemahaman sangat penting tentang asas grafik bagi penyampaian mesej berbentuk grafik. Berikut merupakan lima asas grafik yang
dinyatakan dalam buku ‘Multimedia dalam Bahasa’.
Mudah
* Mesej yang terdapat dalam sesuatu grafik mestilah mudah difahami dan tidak menimbulkan
kekeliruan.
* Contohnya, gambar kapal di lautan. Apabila melihat gambar tersebut, seorang itu dapat
memahami bahawa gambar tersebut menunjukkan sebuah kapal di lautan.
Warna
* Grafik yang baik seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna. Namun ia bergantun
kepada mesej yang cuba disampaikan.
* Contohnya, gambar seutas jam berwarna biru.
Teks
* Teks pula merujuk kepada jenis dan saiz font yang ditonjolkan dalam
sesuatu grafik. * Kandungan dalam teks perlu diambil kira untuk memberi kefahaman terhadap sesuatu grafik.
* Warna yang terdapat dalam font juga memainkan peranan yang penting.
*Contohnya, di dalam gambar, bukan setakat perkara yang ingin disampaikan tapi tulisan pada
grafik juga memberi peranan tentang sesuatu perkara seperti jualan barangan IKEA yang
menunjukkan harga pada barang yang ingin dijual.
Kesesuaian
* Kesesuaian dalam grafik bermakud grafik perlu bersesuaian dengan
latar tempat, masa dan watak yang terdapat dalm video.* Kesemua bahan dalam grafik mesti bersesuaian antara satu sama lain.
* Contohnya, foto 3 orang wanita sedang membeli belah di pusat beli belah.
Keseimbangan
* Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau
video. * Ruang kosong atau grafik yang terdapat di kiri, kanan, atas dan bawah dalam gambar mestilah
sama berat dan seimbang dari semua aspek.
* Grafik yang seimbang juga diterima sekiranya mesej dapat disampaikan dengan baik.
* Contohnya, di sebelah kanan ada 2 batang pokok kelapa yang rendang, seimbang dengan di
sebelah kiri yang menampakkan keseluruhan sampan berbanding di sebelah kiri yang hanya
nampak separuh sahaja, dan bahagian atas pula awan lebih luasdengan warna yang biru dan
jingga seperti suasana waktu senja dan bahagian bawah pandangan pasir yang sedikit gelap dan
tidak berapa luas.
No comments:
Post a Comment