KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Rumusan:
Menurut Normaliza
Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada 3 kajian
iaitu blog dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran
multimedia. Blog bahagian pengajian kesusasteraan menunjukkan graf kaitan
dengan genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun.
kajian ini melibatkan lelaki dan wanita. Puisi, responden lelaki mencapai 66.7%,
dan responden wanita mencapai 80%. Kebanyakan blog yang diterbitkan adalah berkaitan
dengan puisi cinta, sajak ibu bapa, dan lain-lain. Cerpen pula, responden
lelaki (86.7%) dan responden wanita (96.7%). Ini menunjukkan responden suka
menulis cerpen pendek dalam blog, suka berimaginasi dan pelbagai lagi. Menulis
manuskrip pula dicadangkan oleh responden. 23 responden lelaki dan 28 responden
wanita mengatakan menulis skrip adalah medium yang sesuai untuk menulis dengan
bahasa sasaran. Responden suka menulis skrip menggunakan bahasa Melayu sendiri.
Pantun mencapai 20 responden lelaki dan 26 responden wanita dan kebanyakannya
responden wanita menulis pantun bagi meninggalkan pesanan kepada rakan-rakan.
Seterusnya, blog dalam pembelajaran bahasa, bagi penulisan surat, 80% responden
lelaki dan 83.3% responden wanita memilih menulis surat sebagai proses
pembelajaran bahasa kerana ia membantu meningkatkan keyakinan mereka. Menulis
blog meluah perasaan mencapai, 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30
responden wanita). Responden wanita merupakan keputusan majoriti kerana mereka
mereka lebih bersikap sentimental. Menulis teka-teki pula, 93.3% (28 responden
lelaki) dan 96.7% (29 responden wanita) menyatakan mereka suka teka-teki yang
dibuat dijawab dan dapat mencabar orang ramai. Seterusnya, blog dalam
pembelajaran teknologi seperti video, audio, dan foto dikaji terhadap responden
lelaki dan wanita. Bagi video, 100% responden lelaki dan wanita menyatakan
memasukkan video ke dalam blog dapat memberi kepuasan kepada mereka. Bagi audio
pula, bilangan peratusan adalah sama bagi lelaki dan wanita iaitu 100%. Mereka
berminat dengan audio kerana kesemua mempunyai lagu kegemaran masing-masing dan
bagi gambar pula, 93% responden lelaki dan 100% responden wanita, meletakkan
gambar ke dalam blog. Ini kerana, wanita lebih gemar menggunakan telefon bimbit
dan memuat turun gambar.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
Malaysia Terengganu
No comments:
Post a Comment