Tuesday 29 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

 

M10 - Terjemahan Quotation

HAWA 

196643

1.    Teks asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya tenang, perkara yang sama berlaku lagi. Saya akan berjuang lagi agar saya tenang kembali.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Setelah puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke rumah nenek dan datuk. Alim pandang sekeliling. Alim menjadi keliru keadaan rumah nenek dan datuk yang berlainan daripada biasa. Alim sedih. Alim terus menangis. Alim sangkakan rumah dan datuk sudah tiada. (Hlm 22:6)

 


2.    Teks asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir yang saya ada dengan anda akan kekal sebagai detik bahagia yang saya hargai selama-lamanya.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Alim tidak sabar untuk pulang ke kampung. Alim ingin bermain dengan ayam dan itik nenek dan datuk di kampung. (Hlm 22:2)

 


3.    Teks asal: To live in poverty will me realize that life is more valuable that anything else.

Terjemahan Melayu: Untuk hidup dalam kesusahan saya akan menyedari bahawa hidup lebih berharga daripada yang lain.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Setiap hari, adik-beradik Alim akan menolong membuat kerja rumah. Alim jua menolong ibu bapanya setiap hari. Alim akan mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai. Aisyah selalu lupa untuk mengemas permainan setelah bermain. Alim pula akan sentiasa menyimpan semula permainan setelah bermain. Ibu dan bapa akan berterima kasih kepada Alim. (Hlm 25:3)

 


4.    Teks asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung tertinggi walaupun saya tahu bahawa ia akan menjadi sukar sepanjang masa.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah. (Hlm 25:7)

 


5.    Teks asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan menjadi yang terbaik.

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

Alim memberikan plastik tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kpada Alim. Alim terus berlari semula mendapatkan keluarga sambil tersenyum puas. Alim faham sifat berkongsi itu baik. Alim juga faham abang Imran, Madinah, Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya. (Hlm 24:3)

 


6.    Teks asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Sekiranya saya dapat menceritakan cinta saya kepada anda, saya akan menjadi orang yang paling bahagia di dunia.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

Alim tersenyum. Alim tahun bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan sentiasa menolong antara satu sama lain. (Hlm 26:8)

 


7.    Teks asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya percaya kepada awak.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

Alim ke sekolah hari ini. Alim membawa kek cawan ke sekolah. Alim ingin berkongsi kek cawan bersama rakan-rakan yang lain. Semalam, ibu beritahu hari ini hari lahir Alim. Alim tidak faham apa itu hari lahir. Alim mengikut kata ibu dan membawa kek cawan ke sekolah. (Hlm 26:1)

 


8.    Teks asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya mahu seseorang memberitahu saya bahawa ia akan baik-baik saja.

Bukti: Cerita Sosial 5 (Jiran)

Abang, kakak dan adik sedih melihat keadaan Alim. Mereka menemani Alim di bilik. Mereka cuba bercerita dengan Alim tetapi Alim tetap mendiamkan diri. Mata Alim terbuka tetapi Alim tetap kaku. (Hlm 27:5)

 


9.    Teks asal: My parents believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi orang yang baik suatu hari nanti.

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah, Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu bangga dengan Alim. Ibu tahu Alim boleh berdikari. (Hlm 26:2)


BUKTI KEHADIRAN: SITI HAWA BINTI MOHD NOOR (19643)



Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017). 200 QUOTES for you... for us.... 

    Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. 

    Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt… Hai semua. Cek nak habaq sikit, ni last tugasan untuk subjek penterjemahan berbantukan komputer. Seronok bak hang. Tapi...