M9 - TERJEMAHAN QUOTATION
1. Teks asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.
Terjemahan Melayu: Apabila seseorang marah kepada anda,
senyum saja dan minta maaf.
Bukti:
Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)
Setelah
puas melihat ayam dan itik, Alim pun masuk ke rumah nenek dan datuk. Alim
pandang sekeliling. Alim jadi keliru melihat keadaan rumah nenek dan datuk yang
berlainan daripada biasa. Alim sedih. Alim terus menangis. Alim sangkakan rumah
dan datuk sudah tiada. Nenek memujuk Alim. Nenek pegang tangan Alim sambil
berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur
kepada Alim. (Hlm 22:8)
2.
Teks
asal: When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that
it will go away soon. Time heals.
Terjemahan Melayu: Apabila anda berada dalam masa yang
sukar, ingatkan diri anda bahawa ia akan berlalu nanti. Masa akan mengubatinya.
Bukti:
Cerita Sosial 5 (Jiran)
Pada
suatu hari, Alim jatuh sakit. Badannya panas dan Alim tidak bermaya. Alim mudah
jatuh sakit dan Alim tidak pernah merungut. Bapa dan ibu membawa Alim ke klinik
berhampiran. Doktor memberikan ubat supaya Alim cepat sembuh. (Hlm 27: 6)
3.
Teks
asal: Always be kind to others.
Terjemahan Melayu: Sentiasa bersikap baik terhadap orang
lain.
Bukti:
Cerita Sosial 5 (Jiran)
Alim
seorang yang pemurah. Dia selalu berkongsi apa yang dia ada dengan Sulaiman.
Sulaiman juga pemurah. Kadang-kadang dia akan berkongsi coklat yang dibelinya
dengan Alim. (Hlm 27:5)
4.
Teks
asal: Love and care for yourself first before you tend to love and care for
others.
Terjemahan Melayu: Sayangi dan fikirkan diri anda
terlebih dahulu sebelum anda menyayangi dan memikirkan orang lain.
Bukti:
Cerita Sosial 2 (Saya Yang Istimewa)
“Adik
nak manggis!” Aisyah berlari mendapatkan manggis dalam plastik. (Hlm 23:2)
5.
Say
nice things, say good things and you will find happiness in life.
Terjemahan Melayu: Katakan perkara baik, ucapkan
perkataan yang bagus dan anda akan mendapat kebahagiaan dalam hidup.
Bukti:
Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
"Sama-sama
Mak Cik. Ibu kata, berkongsi itu perbuatan yang baik. Ibu juga pesan, Sulaiman
jiran yang baik. Mak Cik Timah pun baik. Pak Cik Yakub pun baik. Kita semua
mesti baik dengan jiran," jawab Alim sambil menganggukkan kepala. (Hlm 24:5)
6.
Teks
asal: I will not judge you. I am just a normal person.
Terjemahan Melayu: Saya tidak akan menilai anda. Saya
hanya orang biasa.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Alim belajar daripada Abang Imran dan Kak Madinah untuk menyapu sampah. Kak Madinah akan menunjukkan cara memegang penyapu. Abang Imran pula akan menolong Alim menunjukkan cara untuk menyapu sampah. Kadangkala, Alim gagal untuk menyiapkan kerja itu. Alim akan tinggal penyapu di tengah-tengah rumah. Ibu akan memanggil semula Alim dan memujuk Alim untuk menyiapkan kerja. Alim tersenyum. (Hlm 25:4)
7.
Teks
asal: To me, you are the most precious person in the world.
Terjemahan Melayu: Bagi saya, anda adalah orang yang
paling berharga di dunia.
Bukti:
Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)
Alim
tersenyum. Alim tahu bahawa keluarga adalah penting. Alim tahu keluarga akan
sentiasa menolong antara satu sama lain. (Hlm 26:8)
8.
Teks
asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you.
Terjemahan Melayu: Apabila saya melihat anda, saya akan
tersenyum. Cintaku akan sentiasa bersamamu.
Bukti:
Cerita Sosial 4 (Hati)
Ibu
memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin.
Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini, Alim sudah
pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut sekolah. Alim
pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa,
abang Imran, kak Madinah, Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke
sekolah. Ibu bangga dengan Alim. Ibu tahu Alim boleh berdikari. (Hlm 26:2)
9.
Teks
asal: Kindness will speak the truth.
Terjemahan Melayu: Kebaikan akan menunjukkan
keikhlasan.
Bukti:
Cerita Sosial 4 (Hati)
Alim ke sekolah hari ini. Alim membawa
kek cawan ke sekolah. Alim ingin berkongsi kek cawan bersama rakan-rakan yang
lain. Semalam, ibu beritahu hari ini hari lahir Alim. Alim tidak faham apa itu
hari lahir. Alim mengikut kata ibu dan membawa kek cawan ke sekolah. (Hlm 26:1)
10. Teks asal: Be a better person today
and you will find happiness.
Terjemahan Melayu: Jadilah orang yang lebih baik hari
ini dan anda akan mendapat kebahagiaan.
Bukti:
Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)
Alim memberikan plastik tersebut
kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim.
Alim terus berlari semula mendapatkan keluarga sambil tersenyum puas. Alim
faham sifat berkongsi itu baik. Alim juga faham abang Imran, Madinah, Aisyah
juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya. (Hlm 24:2)
No comments:
Post a Comment