M11 – Huraian Tesis
HAWA
196643
Masihkah Kau Ingat?
1.
Menulis
dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).
Huraian: Data atau sebarang yang dikutip dari
mana-mana buku atau artikel perlu dipetik nama penulis dan mengolah semua ayat
yang diperkatakan menggunakan ayat sendiri untuk menghindari sebarang plagiat.
Perbuatan menulis atau menyalin semula petikan yang sama dalam teks sumber
adalah salah dan perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan.
2. Menggunakan
Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau
jurnal.
Huraian: Turnitin merupakan satu platform yang boleh mengira tahap
peratusan plagiat dalam penulisan. Sebelum menghantar kepada penyelia, semak terlebih
dahulu penulisan yang dilakukan supaya tidak dikenakan tindakan. Berdasarkan
spesifikasi dalam penulisan untuk plagiat, pelajar hanya dibenarkan mempunyai
peratusan plagiat tidak melebihi 25%.
3.
Membuat
rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.
Huraian:
Rujukan utama sangat penting dalam
penulisan supaya sumber yang dipetik atau dikutip tersebut sahih. Rujukan
sekunder merupakan pendapat penulis yang berdasarkan penulis utama berdasarkan
pandangan dan tulisan sendiri. Pengolahan mungkin berbeza bagi setiap penulis.
Oleh sebab itu, data dari sumber asal lebih terjamin.
4. Membaca
banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin
dijalankan. (minimum 50 artikel).
Huraian: Penulisan yang baik adalah penulis
yang selalu mendapatkan info-info berkaitan daripada bahan yang pelbagai. Hal
ini akan menjadikan penulis lebih peka dan cakna dengan penulisan kepada isu
dan keadaan semasa supaya lebih relevan.
5. Menghadiri
seminar atau persidangan supaya mendapat input
tentang kajian yang berkaitan.
Huraian: Menghadiri seminar adalah satu
alternatif yang baik untuk mendapatkan input
daripada pelbagai Speaker dari
pelbagai negeri. Hal ini memudahkan pelajar untuk memperoleh atau mempelajari
teknik-teknik atau segala info yang berkaitan dengan cara menghasilkan
penulisan yang baik.
6.
Berbincang
dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada
berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.
Huraian: Pelajar perlu merujuk penyelia untuk
mendapatkan info yang sahih dan relevan berdasarkan bidang yang dikaji.
Berbincang dengan pelajar lain akan menyulitkan anda serta membuatkan anda
keliru. “Malu bertanya sesat jalan” pepatah ini perlu diingat selalu dalam
menghasilkan apa-apa penulisan sekalipun.
7. Jumlah
halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman – bachelor
dan Master; 50 halaman –PhD), Bab 3 (10-12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi
setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).
Huraian: Setiap Bab dalam penulisan telah
ditetapkan halamannya dan harus dipatuhi. Pelajar perlu merancang terlebih
dahulu bagi setiap bahagian supaya tiada yang kurang dan tiada yang lebih. Hal
ini dapat membantu pelajar untuk mendapatkan target bagi setiap Bab.
8.
Keseluruhan
tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bachelor), 81-150
halaman (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah,
fakulti dan universiti.
Huraian: Pelajar yang peka akan melihat
terlebih dahulu syarat-syarat bagi setiap penghasilan suatu tesis. Pelajar
perlu memastikan bilangan muka surat tesis yang dihasilkan sama seperti yang
ditetapkan syarat. Ketidakpatuhan seorang pelajar akan menyebabkan tesis
ditolak penyelia.
9.
Membuat
perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.
Huraian: Pelajar perlu cakna dan bijak dalam
menguruskan masa untuk menyiapkan tesis serta tarikh-tarikh penting yang
ditetapkan penyelia. Pengurusan yang baik akan memudahkan pelajar untuk
menguruskan tugasan lain dalam masa yang sama. Pengurus ini penting supaya
pelajar tidak terkejar-kejar dalam menguruskan sesuatu perkara.
BUKTI KEHADIRAN: SITI HAWA BINTI MOHD
NOOR (196643)
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Jom Tulis
Tesis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
No comments:
Post a Comment