Thursday 27 February 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN KELUARGA: BUKU KAJIAN WACANA.

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

Tajuk: Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.      

     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Suatu Cerita:

Aku Alim. Waktu persekolahan, aku terlalu degil dan sangat tidak dengar cakap terhadap keluarga aku terutamanya ibu dan bapa aku. Abang, kakak dan adik selalu memberi nasihat kepada aku, tetapi aku terlalu keras kepala dan mengabaikan apa yang dikatakan mereka. Aku selalu melarikan diri dan sanggup duduk di Bukit kawasan kampung selama berjam-jam pada ketika ibu meminta aku menolongnya di rumah. Hal ini demikian kerana, ibu meminta aku membuat kerja yang perlu dilakukan oleh perempuan sepatunya. Pada suatu hari, tiba-tiba tiada lagi kata-kata nasihat yang selalu diberikan oleh abang, kakak, dan adik. Tiada lagi pertolongan yang diminta oleh ibu dan bapa untuk aku lakukan. Aku terkedu dan sedih. Aku berasa seperti dipinggirkan dan tidak dipedulikan lagi. Aku terfikir untuk mengubah diri aku untuk menjadi orang yang lebih baik, menjadi seorang yang disayangi, sentiasa ada ketika diperlukan, dan tidak degil lagi. Aku bertekad untuk berubah dan berharap keluargaku kembali kepadaku semula. Hari demi hari kian berlalu dan kini aku tidak seperti dahulu lagi. Aku semakin berpuas hati selepas menolong ibu dan bapaku dan sentiasa menjaga budi pekertiku agar tidak melampui batas dan sentiasa disayangi keluargaku. Abang, kakak dan adik juga menasihatku agar sentiasa menjadi anak yang baik. Keluargaku yang disayangi selalu ada disampingku semasa aku memerlukan mereka.  


Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografik


ASAS FOTOGRAFIK

1. Long shot
a) Pemandangan rumah tradisional
 
b) Pemandangan pokok beranting dan gadis-gadis 

Gambar diatas menunjukkan gambar jenis Long shot yang diambil dalam jarak jauh dari kamera. Gambar ini jelas kelihatan dengan gambar keseluruhan dan dapat memahami gambar tersebut. Contohnya, gambar (a) menunjukkan pemandangan rumah kampung yang tradisional diambil dari 45 darjah dari kiri. Gambar ini menunjukkan satu situasi dalam satu gambar iaitu gambar (b) yang menunjukkan dua orang gadis sedang berdiri dibawah pokok beranting.

2. Medium shot
a) Pemandangan gadis berlatarbelakangkan rumah kayu  
b) Pemandangan gadis berlatarbelakangkan pokok-pokok

Gambar diatas menunjukkan gambar jenis Medium shot yang diambil dalam jarak yang hampir dengan kamera. Wajah gadis ini lebih menyerlah dan boleh menampakkan aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut. Contohnya, gambar (a) menunjukkan pemandangan seorang gadis sedang duduk berehat di bangku dan menikmati pemandangan serta berlatarbelakang pokok dan rumah kayu yang indah. Gambar ini menunjukkan satu situasi dalam satu gambar iaitu gambar (b), menunjukkan seorang gadis sedang memandang diluar pagar dengan reaksi yang pelik. Hal ini menampakkan aktiviti yang dilakukan. 

3. Portrait
a) Gadis ayu

b) Gadis jelita
Gambar diatas menunjukkan gambar jenis Portrait yang berfokus dalam jarak dekat. Gambar ini diambil di dalam ruangan yang tertutup dan menyediakan lampu khas yang cukup untuk setiap gmbar untuk menampakkan gambar lebih cantik. Gambar (a) menunjukkan keayuan berbaju kurung dengan riak wajah yang gembira, manakal gambar (b) menunjukkan jelas seorang gadis yang tersenyum riang seperti menggambarkan seorang yang sedang senang akan sesuatu.

4. Mug shot
Ekspresi Sombong
Ekspresi Terkejut
Ekspresi Menjengkelkan
Ekspresi Gembira

Ekspresi Terkejut
Ekspresi Gembira

Ekspresi Gembira 
Ekspresi Santai 

Ekspresi Merajuk
Ekspresi Terkejut

Ekspresi Senyum
Ekspresi Marah

Ekspresi Gembira
Ekspresi Sombong

Ekspresi Gembira 
Ekspresi Marah

Ekspresi Sedih
Ekspresi Gembira

Ekspresi Gembira
Ekspresi Marah

Gambar diatas menunjukkan foto yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka. Tujuan gambar diambil untuk menunjukkan riak wajah muka dengan cara yang terperinci dan wajah itu mudah dikenali oleh orang ramai. Pelbagai riak wajah yang digunakan dalam kumpulan ini seperti wajah sombong, gembira, marah. terkejut, santai, senyum, merajuk, menjengkelkan dan juga sedih.

5. Close-up
a) Bunga kelopak putih

b) Mata 

Gambar diatas menunjukkan gambar jenis Close-up yang diambil dari jarak yang dekat dan memfokuskan gambar seseorang. Close-up digunakan untuk menampakkan wajah seseorang itu dengan lebih jelas. Contohnya, seperti gambar (a) menunjukkan sekuntum bunga yang kecil yang diatas dengan jarak yang dekat untuk memfokuskan itu adalah bunga yang berkelopak putih. Manakala, gambar (b) pula menunjukkan jelas bahagian mata dan juga boleh dilihat jelas aktiviti yang sedang dilakukan oleh gambar tersebut seperti sedang membuat satu renungan tajam.


Sunday 23 February 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0

Assalamualaikum. Kali ini Alhamdulillah kumpulan saya kumpulan 4 berjaya menjawab 3 soalan. Ada kemajuan 😁

Blanket test
 1. Terangkan tentang warna dalam asas grafik
Jawapan : warna dalam gambar mestilah tidak lebih dari tiga dan  tona warna hendaklah yang bersesuaian.

2. Apakah teknik fotografi yang digunakan dalam gambar
Jawapan : medium shot, kerana gambar yang diambil adalah separuh daripada badan model dan jaraknya hampir dengan kamera.

3. Apakah teknik fotografi yang digunakan dalam gambar?
Jawapan : mug shot, kerana gambar yang diambil difokuskan pada muka model

Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

SINOPSIS - CERITA SOSIAL 2

Saya yang Istimewa

Alim, abang Imran, kakak Madinah dan Aisyah sangat gemar dengan buah-buahan tempatan. Bapa Alim tahu bahawa anak-anaknya suka makan buah-buahan tempatan seperti buah durian, manggis, langsat, duku dan lain-lain. Ibu akan sediakan tong sampah supaya rumah tidak bersepah. keluarga Alim makan buah-buahan bersama-sama. Alim, kakak Madinah, abang Imran dan Aisyah sering berkongsi makanan dan barang. Pada ketika memakan buah, Alim meminta kebenaran ibunya untuk memberi sedikit buah kepada Sulaiman, kawan baiknya. Ibu Alim sangat bangga dengan anaknya Alim kerana suka berkongsi dan itu adalah amalan baik. Ibu memberi plastik merah kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman dan selepas itu Alim terus bergegas keluar untuk memberinya kepada Sulaiman. Kemudian, Alim terus mendapatkan keluarganya dengan perasaan puas dan gembira. Selepas itu, Alim terus membantu abang Imran, kakak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah dan membawa ke dalam tong sampah. Makcik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberikan buah sebentar tadi dan mendoakan kesihatandan kesejahteraan Alim sekeluarga.


Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  

       Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


BBM3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

SITI HAWA BINTI MOHD NOOR



Assalamualaikum.

Gambar yang saya masukkan ini menceritakan tentang manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas Bahasa. Terdapat beberapa manfaatnya iaitu media sosial dapat memberi maklum balas, tambah pengetahuan melalui banyak sumber, berkongsi ilmu, dapat menyerapkan unsur-unsur sastera dan pelbagai lagi.

BBM3410Satu2020: KELUARGA KESAYANGANKU

Hi semua.

Kembali ke blog saya, hari ini saya hendak berkongsi sedikit tentang keluarga saya. Semua orang mengidamkan keluarga bahagia dan Alhamdulillah saya mempunyai semua itu. Keluarga saya sebuah keluarga yang sederhana, tidak mewah dengan harta dan saling menolong antara satu sama lain bagai aur dengan tebing. Ayah saya seorang penerokadan umurnya sudah mencecahkan 57 tahun dan ibu saya pula seorang suri rumah sepenuh masa (52 tahun). Saya lebih rapat dengan ibu saya sebab selalu berkongsi cerita dengannya dan dia selalu memberi respon. Saya ada 2 orang abang dan 2 orang kakak dan seorang adik. Abang dan kakak saya sudah berkahwin tetapi kakak saya seorang lagi masih belajar di UPSI dan tidak lama lagi hendak berkahwin. Adik saya pula selalu jaga ibu dan ayah saya dirumah. Sebabkan kami selalu tinggal diluar, masing-masing belajar dan ada komitmen masing-masing. Abang saya yang sulung orangnya serius sikit tapi abang yang satu lagi suka cari gaduh dengan adik-adik dia. Tapi dia juga selalu manjakan kami dengan beli makanan yang kami suka dan lain-lain. Keluarga saya sudah ada cucu, 2 lelaki dan 2 perempuan. Cucu sulung sudah masuk belajar di Tadika. Saya dan keluarga selalu melakukan aktiviti petang, tetapi aktiviti mengenyangkan perutlah. Sekian dari saya.  




Keluarga Mohd Noor & Rusnah ❤️
                                                     

Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

ASAS GRAFIK

Kumpulan: Bulan Production 



Gambar 1: Bulan Production

Elemen Asas Grafik:
Mudah
Warna
→Teks
Kesesuaian
Keseimbangan

  • Setiap ahli kumpulan dikehendaki mencari lima gambar yang mempunyai kelima-lima elemen asas grafik dalam majalah yang telah dibawa dan mengenal pasti elemen yang paling mencuat dalam setiap gambar.
  • 5 orang ahli (Nadiah, Asiah, Nazrul, Ikmal, dan Atie) telah ditugaskan untuk memotong huruf-huruf bagi nama ahli dan menyiapkan muka hadapan booklet. 
  • 5 orang ahli lagi (Hawa, Faiz, Izzatie, Wani, dan Siti) telah ditugaskan untuk mencari dan mengenal pasti gambar yang bersesuaian mengikut kriteria yang dikehendaki.
  • Walau pun zahirnya nampak mudah, namun kami perlu memastikan gambar yang diambil dari majalah dipotong dengan sempurna tanpa cela, mounting board yang ditebuk perlu diukur kiri, kanan, atas dan bawah sebelum menampal gambar. Selain itu, bahagian paling susah, iaitu memastikan gambar yang ditampal tidak mempunyai sebarang gelembung (air bubble) padanya.
  • Akhir sekali, ikatkan kesemua mounting board dengan reben.
  • Setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan dari pukul 11:30 hingga 1 petang seperti mana yang diminta oleh Prof Normaliza, berikut merupakan bukti usaha dan hasil tangan ahli kumpulan kami.
 Gambar 2: Muka hadapan
Gambar 3: Keseluruhan projek
Gambar 4: Mal dan Naz acah 🤣
Gambar 5: Waktu ni pening. Nak koyak ka, nak bedah. #ytjt
Gambar 6: Nama Ahli Kumpulan
Gambar 7: Mudah
Gambar 8: Keseimbangan
Gambar 9: Kesesuaian 
Gambar 10: Warna
Gambar 11: Teks

BBM3410Satu2020: Blanket Test

Pada hari ini kami perlu menjawab beberapa soalan bagi ujian Blanket Test. Ujian yang diberikan oleh pensyarah merupakan soalan spontan yang berkaitan dengan bab 5 yang terkandung di dalam buku "Multimedia dalam Bahasa". Kumpulan kami merupakan kumpulan 3. Kami berjaya menjawab beberapa soalan yang berbentuk:

1. Nyatakan elemen asas grafik yang anda nampak pada gambar yang diberikan.

Jawapan: Warna. Kombinasi warna yang digunakan bagi gambar jeti ini adalah bersesuaian kerana mempunyai kombinasi warna lembut seperti biru, putih dan hijau.


2. Bab 5 Asas Grafik dalam Multimedia bermula daripada muka surat berapa      
sehingga muka surat berapa?

Jawapan: 71 sehingga 81 muka surat.


Nama ahli kumpulan 3:

1. Nazrul Bin Rapail ( 196202 )

2. Siti Hawa Binti Mohd Noor (196643)

3. Nur Nadiah Nadhirah Binti Romely (197003)

4. Mohamad Akhmar Ikmal Bin Hishamuddin (197345)

5. Nur Syawalni Atikah Binti Ahmad Rahmattullah (197358)

6. Noor Izzati Binti Samah (197684)

7. Siti Adlina Binti Razman (197828) (Ketua)

8. Nur Asiah Zahirah Binti Mohd Zuraidi (197832)

9. Nurul Izzatie Binti Ahmad (198060)

10. Mohammad Faiz Bin Abdul Munir (199816)

Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis: Nenek dan Datuk

Cerita sosial ini mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Alim yang pulang ke kampung nenek dan datuk di Kajang bersama-sama keluarganya. Ketika sampai di kampung, Alim terus meluru mencari ayam dan itik peliharaan nenek dan datuk sementara ibu dan bapanya sibuk mengeluarkan beg dari dalam kereta. Namun hampa kerana itik dan ayam tiada, Alim marah dan langsung menangis kerana sangkanya semua ayam dan itik itu sudah mati. Kelibat nenek dan datuk berlari menuju ke arah Alim yang sedang menangis dan terus memujuk cucunya itu. Selepas menunjukkan ayam dan itik berada di dalam reban baru, Alim tersenyum. Alim masuk ke dalam rumah kemudian timbul perasaan pelik dalam diri Alim kerana melihat rumah nenek dan datuknya agak berbeza dari sebelumnya. Ketika itu, Alim sedih dan terus menangis. Selepas itu, nenek memujuk dan membawa Alim berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim dan kemudian Alim berhenti menangis. Kelakuan Alim yang menangis tanpa sebab menjadi tanda tanya kepada ibu dan bapa serta nenek dan datuk. Namun, mereka cuba untuk menolong Alim setelah melihat kelakuan Alim. Alim menonton cerita kartun bersama abang dan kakaknya dan mereka ketawa bersama-sama. Setelah itu, suasana kampung yang berlainan daripada biasa membuatkan Alim sekeluarga lebih rapat.

Rujukan: 

Normaliza Abd Rahman (2019). Buku Wacana dan Strategi Komunikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.


BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 cara penulisan blog yang baik 

a. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
b. Cerita menarik yang dapat menarik perhatian pembaca. 
c. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. 
d. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. 
e. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. 
f. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
g. Dapat dibaca dan difahami.
h. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
i.  Masukkan moral dan nilai estetika dala penulisan anda.
j.  Berilmu untuk penulisan akademik.


Rumusan


Cara penulisan blog yang baik perlu adanya judul yang menarik dan mudah untuk menunjukkan idea-idea yang luar biasa serta akan mengundang pembaca untuk melayari laman blog penulis. Di dalam penulisan, jalan cerita yang menarik, mempunyai 3 eleman iaitu fakta, huraian dan contoh. Penulisan tersebut akan membuatkan pembaca lebih jelas dan faham dengan cerita yang disampaikan. Penulisan yang memasukkan ayat-ayat humor serta membuatkan jalan cerita itu kelihatan menarik dan membuatkan pembaca terhibur. Selain itu, penulisan dengan hujah terbaik memerlukan fakta yang tepat, huraian yang betul berserta contoh yang mantap. Hal ini akan membuatkan penulisan itu lebih kukuh dengan isinya. Penulis blog perlu mengetahui tentang berita-berita yang terkini kerana masyarakat kini mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan mereka tidak gemar dengan cerita lapuk. Cara penulisan yang menggunakan kata dan ayat yang ringkas akan menjadikan jalan cerita lebih baik dan tidak berulang-ulang. Penulisan yang baik juga tidak menggunakan perkataan yang terlalu ringkas sehingga tidak difahami oleh pembaca. Penulisan di laman blog tidak hanya menyampaikan info malahan sebagai laman komunikasi, contohnya pembaca ingin mengemukakan pendapat lain. Yang paling penting adalah penulisan yang ditulis perlu mempunyai nilai estetika untuk pembaca. Penulisan yang berbantukan bahan bacaan ilmiah akan menjadikan penulisan tersebut lebih bermanfaat kepada pembaca.

Rujukan 

Normaliza Abd Rahim & Noraien Mansor (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. 

Normaliza Abd Rahim (2014). Learning through Blog Writing. Embracing the Technology. Terengganu: Penerbit University Malaysia Terengganu.




BBM3410Satu2020: Tentang Diri



BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt… Hai semua. Cek nak habaq sikit, ni last tugasan untuk subjek penterjemahan berbantukan komputer. Seronok bak hang. Tapi...