Thursday 27 February 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN KELUARGA: BUKU KAJIAN WACANA.

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak

Tajuk: Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.      

     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

Suatu Cerita:

Aku Alim. Waktu persekolahan, aku terlalu degil dan sangat tidak dengar cakap terhadap keluarga aku terutamanya ibu dan bapa aku. Abang, kakak dan adik selalu memberi nasihat kepada aku, tetapi aku terlalu keras kepala dan mengabaikan apa yang dikatakan mereka. Aku selalu melarikan diri dan sanggup duduk di Bukit kawasan kampung selama berjam-jam pada ketika ibu meminta aku menolongnya di rumah. Hal ini demikian kerana, ibu meminta aku membuat kerja yang perlu dilakukan oleh perempuan sepatunya. Pada suatu hari, tiba-tiba tiada lagi kata-kata nasihat yang selalu diberikan oleh abang, kakak, dan adik. Tiada lagi pertolongan yang diminta oleh ibu dan bapa untuk aku lakukan. Aku terkedu dan sedih. Aku berasa seperti dipinggirkan dan tidak dipedulikan lagi. Aku terfikir untuk mengubah diri aku untuk menjadi orang yang lebih baik, menjadi seorang yang disayangi, sentiasa ada ketika diperlukan, dan tidak degil lagi. Aku bertekad untuk berubah dan berharap keluargaku kembali kepadaku semula. Hari demi hari kian berlalu dan kini aku tidak seperti dahulu lagi. Aku semakin berpuas hati selepas menolong ibu dan bapaku dan sentiasa menjaga budi pekertiku agar tidak melampui batas dan sentiasa disayangi keluargaku. Abang, kakak dan adik juga menasihatku agar sentiasa menjadi anak yang baik. Keluargaku yang disayangi selalu ada disampingku semasa aku memerlukan mereka.  


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt… Hai semua. Cek nak habaq sikit, ni last tugasan untuk subjek penterjemahan berbantukan komputer. Seronok bak hang. Tapi...