Assalamualaikum
wbt
Hari ini saya
ingin ceritakan sedikit mengenai Cerita Sosial 3 ni yang mengisahkan tentang
keluarga saya. Terdapat banyak sebenarnya nlai-nilai pengajaran dalam cerita
ini tapi saya akan senarai 3 sahaja daripadanya.
1. Rajin
2. Tolong-menolong
3. Kasih
sayang
Saya akan
terangkan serba sedikit pendapat saya mengenai nilai yang saya bincangkan
diatas. Dalam Cerita Sosial 3 ini, terdapat sebuah keluarga yang bahagia yang
mengisahkan ‘keluarga saya’. Alim merupakan anak lelaki kepada Ismail dan
Kamilah. Alim merupakan seorang anak yang rajin dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Alim diminta ibunya untuk menyapu sampah dan Alim cuba untuk menyapu
sampah dan dia berjaya menyiapkan kerjanya. Cerita Sosial 3 ini juga
menceritakan nilai tolong-menolong yang sangat ketara. Di mana, kesemua ahli
keluarganya akan saling tolong-menolong dalam melakukan pekerjaan, contohnya
Alim menolong ibubapanya setiap hari dalam membuat kerja rumah. Nilai kasih
sayang menunjukkan apabila Alim bercakap dengan keluarganya bahawa dia sangat
menyayangi keluarganya dan sebaliknya. Mereka saling menyayangi antara satu
sama lain.
Rujukan:
Normaliza
Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan
Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT
No comments:
Post a Comment