KEPENTINGAN ASAS GRAFIK
Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Kepentingan asas grafik terbahagi kepada 5 iaitu menarik, mudah difahami, mesej, ketara (predictability) dan promosi.
1. Menarik
Grafik yang menarik dapat menarik minta golongan masyarakat untuk membaca atau menonton dan memahami mesej yang ingin disampaikan.
Asas grafik yang mudah difahami penting untuk pembaca supaya tiada keraguan ataupun kekeliruan dalam pembacaan.
3. Mesej
Asas grafik memerlukan mesej yang berkesan apabila ingin disampaikan supaya pembaca dapat menggambarkan mesej yang ingin disampaikan.
4. Ketara (predictability)
Asas grafik yang ketara membolehkan pembaca atau penonton dapat memahami dengan mudah dengan begitu ketara sehingga tidak menimbulkan sebarang kekeliruan tentang makna atau mesej yang ingin disampaikan.
5. Promosi
Asas grafik promosi memberikan kesan positif dalam kalangan masyarakat apabila mempromosikan barangan dan dapat menyampai mesej dengan baik.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia
No comments:
Post a Comment