Wednesday 16 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

    

    Semasa belajar di luar negara (United Kingdom), kami ke sana akan mencari rumah sewa yang berhampiran dengan kedai pakistan sebab senang nak dapatkan makanan halal. Jadi, bukan sahaja pemikiran saya ketika itu mencari rumah sewa dekat dengan makan halal tapi rupanya ramai pelajar-pelajar Malaysia yang mencari rumah di sekitar situ. Bila saya tiba, ada persatuan pelajar menjemput kami dekat airport. walaupun tempat saya tinggal ni jauh daripada London, iaitu 4 jam daripada London. Jadi, ada persatuan untuk menjemput.  jadi bila sampai ke situ, didapati ramainya masyarakat melayu dekat situ. Dan seperti yang saya beritahu tadi, kedai-kedai Pakistan memang banyak, jadi makanan halal itu sangat mudah, hendak pergi solat jumaat pon mudah, masjid pun ada dan tidak jauh daripada situ. Tapi ada masalah bila kita berkomuniti melayu terlalu ramai. Dekat malaysia, apabila berselisihan walaupun tidak kenal kalau tidak bertegur, tidak mengapa sebab majoriti orang melayu. Tetapi bila di sana, memang ramai melayu tapi komuniti yang kecik. Contohnya, di supermarket, nampak kelibat orang malaysia sebab kenal dari segi kulit, pakai tudung dan cara cakap pun bahasa melayu. Jadi masalahnya adalah bila kita tahu dia adalah melayu, ada segelintir daripada mereka cuba untuk mengelak supaya tidak bertemu. Sedangkan kita tahu orang malaysia. Macam saya, saya tegur seorang ni bagi salam, “Assalamualaikum, saya malaysia, awak malaysia ke?”. Tetapi ada yang jenis tidak suka ditegur, pandang tempat lain dan terus jalan.  Lepas daripada itu, saya fikir “ohh salah saya jugalah, entah-entah dia bukan malaysia, entah-entah dia orang Brunei. Tapi boleh je kalau dia menjawab, “saya bukan orang malaysia, saya orang Brunei. Ataupun “saya bukan orang malaysia, tapi orang Indonesia. Tetapi orang Indonesia memang tidak ada di sana. Ramai orang malaysia Singapore, dan juga Brunei tapi tidak ramai dekat situ. Jadi saya dapati bahawa walaupun kita sangat berbangga apabila mengetahui ada malaysia bersama kita. Rupanya tidak semua berfikiran macam kita. Ramai yang tak nak bercakap atau menerima teguran ataupun nak berkawan dengan kita. Jadi, itu saya ambil sebagai timbalan. Lepas pada itu, saya jumpa orang melayu, saya buat bodoh je. Rupanya keadaan orang yang saya tegur itu, seperti saya juga dulu. Bila tegur orang dan orang tidak bercakap, jadi akhirnya jadi macam saya iaitu lebih baik jangan bercakap. Jadi bila saya macam tu, saya tak kecil hati. Saya kata itulah lumrahnya. Contohnya, berjalan di London, saya selisih dengan orang malaysia yang berkahwin  dengan orang London atau kanada. Dan tidak buat muka terkejut. Jadi tak pelik lah. Jadi kita hargailah kewujudan orang melayu di negara orang yang sama-sama yang sedang bekerja atau mencari rezeki di sana. Sama- sama tolong sesama sendiri. Tetapi tidak semua berfikiran macam itu. Bila saya  balik malaysia saya pelik sebab orang senyum dekat saya sebab saya dekat sana selama 6 tahun. Jadi kesimpulannya, bila di negara orang, harga I dan bangga jadi rakyat malaysia. Duduk di sana tidak boleh terlebih over kerana mereka tidak suka. Pengalaman saya, mereka menjerit dekat saya go back to your country. Jadi saya ketakutan dan  balik.


BUKTI KEHADIRAN: SITI HAWA BINTI MOHD NOOR (196643)






No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt… Hai semua. Cek nak habaq sikit, ni last tugasan untuk subjek penterjemahan berbantukan komputer. Seronok bak hang. Tapi...