Monday 23 March 2020

BBM3410Satu2020: PENGENALAN BAB 2 Twitter dan Trend Terkini

BAB 2: TWITTER DAN TREND TERKINI

PENGENALAN 

Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. 
(Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

Huraian:

      Menurut pendapat Normaliza Abd Rahim (2014), menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Hal ini demikian kerana, pelajar itu sendiri akan memikirkan teknik-teknik yang betul untuk memulakan suatu jalan cerita menarik yang boleh menarik perhatian orang ramai untuk membaca. Pelajar itu juga boleh meningkatkan tahap pengetahuan tentang sesuatu perkara kerana mereka akan membuat penyelidikan atau mencari sumber rujukan untuk memulakan suatu cerita. Tapi terdapat juga cabaran seorang individu itu untuk menulis cerita iaitu mereka kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuatkan mereka keberatan untuk menulis. Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017) pula, pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus kepada proses pembelajaran bahasa. Hal ini demikian kerana, pembelajaran bahasa dengan penglibatan secara terus dalam aktiviti akan memudahkan untuk pelajar membuat sesi soal jawab dengan tenaga pengajar bagi sesuatu perkara yang mereka tidak faham. Belajar dengan penglibatan secara terus dalam aktiviti juga dapat mengurangkan pelajar yang suka berfoya-foya dan lebih bermanfaat kerana pelajar akan lebih fokus kepada apa yang diajar oleh pengajar. Malahan, pembelajaran dilakukan secara terus dalam aktiviti adalah penting sebenarnya bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. 


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
        Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: AKTIVITI 1 Twitter Cerita Pendek

Aktiviti 1:

AKTIVITI 1

aktivit 1


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
        Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG

Assalamualaikum semua. Hari ini gembira sikit campur kelam kabut sebab tetiba dalam group ada heboh-heboh cakap prof tengah like gambar. cepat-cepat ss nanti prof unlike balik. hahahahah dapat bayang tak macam gelabah semua orang tengok instagram masa tu. Aku yang tengah masak ni pun, lari ambil telefon sebab takut nanti tak sempat ss. 

Jadi, dekat bawah ni hasil tugasan yang Prof like. gembira dooo.. sape je tak happy dapat like Prof. Harini ibarat Prof Queen of the day. sebab semua orang nak ss apa dia like . 😂🤪 Prof power. 👍🏻


Sunday 22 March 2020

BBM3410Satu2020: SIMPULAN BAHASA

Assalamualaikum dan hai. kembali lagi ke blog saya. Macam biasa, subjek ni kena redho sikit kerja banyak. tapi best gitu. jangan lupa saksikan video daripada Bulan Production di youtube ok. Klik disini


BULAN PRODUCTION 🌚


Thursday 19 March 2020

BBM3410Satu2020:Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Assalamualaikum.. 

Rule of Third 

Rule of Thirds (ROT) dalam fotografi merupakan satu panduan bagi fotografer untuk membuat sesuatu komposisi imej. Kewujudan ROT ini bertujuan untuk membuat sesuatu imej, yang merupakan sesuatu komunikasi visual, lebih effektif. Efektif dalam erti kata berkesan dengan mempunyai kekuatan dan jelas fokusnya. ROT menyatakan bahawa sesuatu imej itu boleh dibahagikan kedalam 9 bahagian yang sama dengan menggunakan 2 garisan melintang dan 2 garisan menegak dengan keluasannya yang sama, seperti ditunjukkan pada rajah dibawah. ROT juga teknik yang penting yang boleh digunakan untuk mana-mana subjek untuk meningkatkan lagi komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Semasa mengambil gambar, seseorang akan melakukannya dengan melihat melalui pemidang titik yang digunakan untuk merangka paparan. Melalui grid tersebut, ROT digunakan untuk mengenal pasti empt bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Hal ini akan memberikan empat garis yang juga berguna untuk eleman dalam foto. Apabila membingkai foto, bayangkan imej dibahagikan (kotak grid). Setiap unsur gambar penting dan cuba letakkannya pada garisan dan persimpangan grid. Untuk mendapatkan gambar yang cantik, seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Contohnya, dapat kita lihat bagaimana ROT diaplikasikan untuk imej portret dibawah. Lazimnya, mata seseorang itu diletakkan pada garisan 1/3 atas dan badan mereka akan memenuhi 2/3 ruang dibawah.
Rajah 1 

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.



Nota ringkas untuk pelbagai jenis shot


Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Wednesday 18 March 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi


SITI HAWA BINTI MOHD NOOR 196643


STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)

            
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.



STRATEGI KESOPANAN

Bald on-record                                                          Kesopanan Positif

Contoh:                                                                       Contoh:

Bersedia!                                                                     Kamu nampak sugul. Boleh saya tolong?

Dengar sini…                                                              Boleh saya pinjam seratus ringgit?

Berikan saya bakul besar itu.                                      Saya ikut kamu ke Hospital, jika kamu

Lampu itu berwarna hijau.                                          tidak keberatan.

Jemput masuk.

Jemput makan,



Kesopanan Negatif                                                     Off-record
Mungkin dia yang mengambil kotak itu,                    Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
mungkin!

Tolong berikan saya pinggan putih itu.                       Mahal betul harga kasut di sini.

Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?          Cantik baju kamu.

Membuang botol kosong merata-rata tidak

dibenarkan.



Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)





RUJUKAN:


Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: 
       Universiti Malaysia Terengganu.


Cerita sosial 2: Saya yang Istimewa


Pada hari ahad,bapa Alim membawa pulang buah-buahan yang dibelinya di pasar tani. Bapanya tahu bahawa Alim, Imran, Madinah dan Aisyah sangat gemar dengan buah-buahan tempatan seperti buah durian, manggis, langsat, duku dan lain-lain. Ibu seperti biasa akan menyediakan tong sampah supaya rumah tidak bersepah. Alim, kakak Madinah, abang Imran dan Aisyah sering berkongsi makanan dan barang. Bapa Alim mengajar Alim dan adik-beradik untuk sentiasa berkongsi setiap apa yang mereka peroleh. Pada ketika memakan buah, Alim meminta kebenaran ibunya untuk memberi sedikit buah kepada Sulaiman, kawan baiknya. Ibu Alim sangat bangga dengan anaknya Alim kerana suka berkongsi dan itu adalah amalan baik. Alim gembira dan puas hati kerana dapat memberikan sedikit buah kepada Sulaiman. Selepas itu, Alim terus mendapatkan keluarganya dan membantu abang Imran, kakak Madinah, ibu dan bapa mengemas rumah dan membawa ke dalam tong sampah. Makcik Timah berterima kasih kepada Alim kerana memberikan buah sebentar tadi dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga. Cerita sosial ini juga menceritakan bahawa Alim merupakan seorang yang pemurah. Hal ini demikian kerana, Alim dengan sendirinya terdetik di dalam diri beliau untuk memberikan sedikit buah yang dibawa pulang oleh bapa kepada sahabatnya iaitu Sulaiman. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Alim merupakan seorang yang pemurah. 


Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.  

       Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Sunday 15 March 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FALTLAY

Hai dan Assalamualaikum. kita jumpa lagi ye untuk sesi fotografi untuk flatlay. saya nak cerita sedikit lah cabaran yang kami hadapi masa shooting hari itu. pencahayaan tak betul, semua tunggang terbalik buat kerja , tapi semua tu dapat diatasi dengan baik. kalau rasa macam yeke menarik? hahahaha meh tengok meh video kami. memang aumm 😂. jangan lupa klik disini untuk saksikan video clip kami. 
video kami akan menceriakan  hidup anda. 👍🏻💕



Channel : Bulan Production 🌚
Bloopers menarik 🌟


Gambar menarik 💫







Tuesday 10 March 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografik (Video 1)

Assalamualaikum & Selamat petang semua.
minggu lepas kami dari kumpulan Bulan Production telah menghasilkan satu video mengenai asas fotografik seperti Bird’s eye view, Over the shoulder, pendua, bayang, kabur, dan siluet. Tugasan ini agak rumit tapi sangat seronok sebab tugasan kumpulan kan. so, ramai-ramai buat kerja dia jadi best. semua ahli bagi kerjasama yang sangat-sangat bagus. 💕 ehh! jangan lupa tonton video kami tau. Tekan link di bawah dan subscribe. Tengok video jangan skip2 tau. 🥰


klik disini untuk menonton video di youtube.


gambar-gambar dibawah merupakan kegigihan kumpulan Bulan Production untuk mendapatkan satu gambar yang cantik.






Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: PETA MINDA KEPENTINGAN ASAS GRAFIK

Assalamualaikum semua.

Harini saya ingin berkongsi sedikit mengenai kepentingan asas grafik. tapi peta minda yang saya buat,  tak cantik. tapi untuk pengetahuan, ia sudah memadai. Semoga bermanfaat.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: Nota Asas Grafik


Asas Grafik dalam Multimedia 



Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), asas grafik merupakan asas penting perlu diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dengan penggunaan kamera, video serta bahan yang mengandungi grafik. Grafik meliputi imej yang berbentuk paparan. Setiap bahan perlu mengandungi sekurang-kurangnya lebih daripada dua elemen grafik. Pemahaman sangat penting tentang asas grafik bagi penyampaian mesej berbentuk grafik. Berikut merupakan lima asas grafik yang dinyatakan dalam buku ‘Multimedia dalam Bahasa’. 

Mudah

    * Mudah merupakan tanggapan atau penglihatan seseorang terhadap sesuatu gambaran. 
    * Mesej yang terdapat dalam sesuatu grafik mestilah mudah difahami dan tidak menimbulkan 
       kekeliruan. 
    * Contohnya, gambar kapal di lautan. Apabila melihat gambar tersebut, seorang itu dapat 
       memahami bahawa gambar tersebut menunjukkan sebuah kapal di lautan.  


Warna

    * Warna merupakan satu warna atau kombinasi warna dalam foto atau video. 
    * Grafik yang baik seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna. Namun ia bergantun 
       kepada mesej yang cuba disampaikan.
    * Contohnya, gambar seutas jam berwarna biru. 


Teks
    * Teks pula merujuk kepada jenis dan saiz font yang ditonjolkan dalam sesuatu grafik. 
    * Kandungan dalam teks perlu diambil kira untuk memberi kefahaman terhadap sesuatu grafik. 
    * Warna yang terdapat dalam font juga memainkan peranan yang penting. 
    *Contohnya, di dalam gambar, bukan setakat perkara yang ingin disampaikan tapi tulisan pada 
      grafik juga memberi peranan tentang sesuatu perkara seperti jualan barangan IKEA yang 
      menunjukkan harga pada barang yang ingin dijual. 


Kesesuaian
    * Kesesuaian dalam grafik bermakud grafik perlu bersesuaian dengan latar tempat, masa dan watak        yang terdapat dalm video.
    * Kesemua bahan dalam grafik mesti bersesuaian antara satu sama lain. 
    * Contohnya, foto 3 orang wanita sedang membeli belah di pusat beli belah.  

Keseimbangan
    * Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video. 
    * Ruang kosong atau grafik yang terdapat di kiri, kanan, atas dan bawah dalam gambar mestilah 
       sama berat dan seimbang dari semua aspek. 
    * Grafik yang seimbang juga diterima sekiranya mesej dapat disampaikan dengan baik.
    * Contohnya, di sebelah kanan ada 2 batang pokok kelapa yang rendang, seimbang dengan di 
       sebelah kiri yang menampakkan keseluruhan sampan berbanding di sebelah kiri yang hanya 
       nampak separuh sahaja, dan bahagian atas pula awan lebih luasdengan warna yang biru dan 
       jingga seperti suasana waktu senja dan bahagian bawah pandangan pasir yang sedikit gelap dan 
       tidak berapa luas.  




Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.


BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS

TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK,1977)


VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks.

Struktur Makro
Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks

Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan

Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks

Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh VanDijk (1977)

Ringkasan:

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), dalam kajian VanDijk (1997) analisis wacana terbahagi kepada mikro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur Makro bermaksud makna global daripada suatu teks yang dapat diamati daripada topik/tema suatu teks. Superstruktur membincangkan kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur Mikro memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati Daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks. 



Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.      

     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATERGI KOMUNIKASI

TAKSONOMI STRATERGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)

Stratergi Pengelakan atau Pengurangan:

1. Pengabaian/Peninggalan mesej

2. Pengelakan topik

Pencapaian atau Stratergi Pampasan:

3. Parafrasa (Circumlocution)

4. Penghampiran

5. Penggunaan perkataan semua tujuan

6. Cipta perkataan baharu (Word-coinage)

7. Penstrukturan semula/Penggunaan kaedah bukan bahasa (Use of non linguistic means)

8. Terjemahan literal

9. Pengantarabangsaan

10. Pertukaran kod

11. Meminta pertolongan, penjelasan, pengesahan atau membuat tekaan/Appeal of help Stalling

Penangguhan atau Stratergi Tambahan Waktu:

12. Penggunaan perkataan yang tiada makna/Use of Fillers/Stratergi penanda (hesitation devices)


HURAIAN RINGKAS:

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi iaitu peninggalan mesej, pengekalan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstruktulan semula, atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu strategi pengekalan, pencapaian atau strategi pampasa. dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi. Setiap strategi mempunyai maksud tersendiri serta fungsi masing-masing. Contohnya, peninggalan mesej memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengekalan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. 




Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.      

     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.



BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

BAB 4: INSTAGRAM MENYERONOKKAN 

Manfaat Penggunaan Instagram



Ringkasan:

Menurut kajian Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) penggunaan Instagram telah memberi banyak manfaat kepada para pengguna. Antaranya, pengguna dapat belajar merakam video, berkongsi pengetahuan mereka kepada pengguna Instagram yang lain. Di Instagram, dengan menonton cerita pendek yang dikongsikan oleh pengguna lain, pengguna dapat mempelajari sesuatu daripadanya. Bukan sahaja bagi golongan muda, para pengajar juga boleh menggunakan Instagram sebagai platform dalam penciptaan sukatan pelajaran baharu dalam penghasilan video yang membawa aura positif kepada orang lain. Selain itu, penggunaan Instagram dengan cara yang betul dapat dipupuk dalam kalangan pengguna kerana mereka akan menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai dalam video atau gambar yang mereka kongsikan. Kesimpulannya, kajian yang dijalankan dalam kalangan pelajar dan pengajar ini diharapkan dapat dilanjutkan dalam kalangan pelajar universiti.


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019) Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
         Malaysia Terengganu.



BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM

Manfaat-manfaat yang terdapat di dalam Instagram dalam bab 4 ( Buku: Eh!! Media Sosial) adalah:

a) Dalam aktiviti srharian, Instagram dapat membantu mereka dalam mempelajari cara untuk merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram penggunaan lain dalam akaun Instagram mereka

b) Cerita pendek telah Instagram memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga mereka dapat berkongsi pengetahuan kepada pengguna-pengguna Instagram yang lain.

c) Instagram membantu pengajaran dan pengguna cerita pendek  dalm menggunakan Instagram secara positif.

d) Cerita pendek Instagram akan membantu mereka untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu dalam pengajaran. 

e) Pelajar yang menggunakan teknologi ini dapat berkongsi pengetahuan kepada orang lain dengan mencipta auta positif dalam video dan aura ini akan difahami oleh pengguna lain. 

f) Manfaat lain pula akan menyumbang kepada pengguna Instagram  dalam menggunakan teknologi dengan cara yang betul. 

g) Pengguna Instagram akan memahami mesej yang ditinggalkan jika bahasa dan kelakuan yang digunakan oleh pengguna tersebut adalh sesuai ketika merakam video atau gambar. 


RUJUKAN: 
Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN



Rumusan:

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada 3 kajian iaitu blog dalam pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Blog bahagian pengajian kesusasteraan menunjukkan graf kaitan dengan genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. kajian ini melibatkan lelaki dan wanita. Puisi, responden lelaki mencapai 66.7%, dan responden wanita mencapai 80%. Kebanyakan blog yang diterbitkan adalah berkaitan dengan puisi cinta, sajak ibu bapa, dan lain-lain. Cerpen pula, responden lelaki (86.7%) dan responden wanita (96.7%). Ini menunjukkan responden suka menulis cerpen pendek dalam blog, suka berimaginasi dan pelbagai lagi. Menulis manuskrip pula dicadangkan oleh responden. 23 responden lelaki dan 28 responden wanita mengatakan menulis skrip adalah medium yang sesuai untuk menulis dengan bahasa sasaran. Responden suka menulis skrip menggunakan bahasa Melayu sendiri. Pantun mencapai 20 responden lelaki dan 26 responden wanita dan kebanyakannya responden wanita menulis pantun bagi meninggalkan pesanan kepada rakan-rakan. Seterusnya, blog dalam pembelajaran bahasa, bagi penulisan surat, 80% responden lelaki dan 83.3% responden wanita memilih menulis surat sebagai proses pembelajaran bahasa kerana ia membantu meningkatkan keyakinan mereka. Menulis blog meluah perasaan mencapai, 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita). Responden wanita merupakan keputusan majoriti kerana mereka mereka lebih bersikap sentimental. Menulis teka-teki pula, 93.3% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden wanita) menyatakan mereka suka teka-teki yang dibuat dijawab dan dapat mencabar orang ramai. Seterusnya, blog dalam pembelajaran teknologi seperti video, audio, dan foto dikaji terhadap responden lelaki dan wanita. Bagi video, 100% responden lelaki dan wanita menyatakan memasukkan video ke dalam blog dapat memberi kepuasan kepada mereka. Bagi audio pula, bilangan peratusan adalah sama bagi lelaki dan wanita iaitu 100%. Mereka berminat dengan audio kerana kesemua mempunyai lagu kegemaran masing-masing dan bagi gambar pula, 93% responden lelaki dan 100% responden wanita, meletakkan gambar ke dalam blog. Ini kerana, wanita lebih gemar menggunakan telefon bimbit dan memuat turun gambar.



Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti
         Malaysia Terengganu

Monday 2 March 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 3.0

ISNIN (02/03/2020)

Soalan: Terangkan asas fotografi bagi gambar "Portrait"

Jawapan: Portrait ialah foto yang diambil dengan jarak yang dekat dengan kamera, gambar yang diambil mempunyai pencahayaan yang cukup dan kebiasaannya diambil di dalam studio yang tertutup. Contohnya, gambar seorang wanita tua yang sedang termenung menunjukkan reaksi wajahnya untuk menggambarkan situasi dalam gambar. 

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt… Hai semua. Cek nak habaq sikit, ni last tugasan untuk subjek penterjemahan berbantukan komputer. Seronok bak hang. Tapi...