Friday 1 May 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Assalamualaikum wbt. welcome to my guys.

sekarang sepatutnya saya siap sedia nak masak untuk berbuka tapi masih menghadap laptop ye semua. Masih terperap dalam office, takleh keluar selagi kerja tak siap. sejak perintah kawalan pergerakan ni, tangan ni asyik nak menaip je. done membebel.

okay kita teruskan. 3 nilai yang terkandung dalam cerita sosial 2 ini adalah baik hati, tolong-menolong dan prihatin.























Pada pandangan saya, nilai baik hati ini dapat dikaitkan dengan sikap Alim itu sendiri yang mana dia meminta izin ibunya terlebih dahulu untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Hal ini demikian kerana, Alim itu diajar oleh kedua ibu bapanya agar berkongsi barang atau makanan yang kita suka kepada orang lain adalah perbuatan yang baik. Nilai yang jedua ialah tolong-menolong. Alim membuang kulit buah-buahan ke dalam tong sampah dan suka menolong keluarga  serta selalu melakukan kerja rumah bersama-sama. Nilai ketiga adalah prihatin. Sikap prihatin Alim sangat jelas kelihatan apabila dia menegur Mak cik Timah yang sedang meriakkan wajah yang sedih dan Alim bertanya untuk mendapatkan kepastian.

RUJUKAN

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori Aplikasi. Terengganu:  
        Penerbit UMT.


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum wbt… Hai semua. Cek nak habaq sikit, ni last tugasan untuk subjek penterjemahan berbantukan komputer. Seronok bak hang. Tapi...